PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Antara Perbuatan Haram
عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ
Dari Al Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak wanita hidup-hidup, serta membenci kalian dari mempercayai setiap khabar yang tak tentu sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)".(HR Bukhari No: 2231)
Pengajaran:
Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:
1. Durhaka kepada ibu bapa
2. Menanam anak perempuan hidup-hidup
3. Mempercayai kepada khabar yang tak tentu sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar dan lain-lain).
4. Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba
5. Boros terhadap harta .
Ayuh kita taat kepada kedua ibu bapa, kasihi anak-anak, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya, kurangkan bertanya dan berjimat dalam membelanjakan harta.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
23hb Mei 2016
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
No comments:
Post a Comment