Sunday, 1 May 2016

Sahabatku Roommateku Classmateku




UNIC-SEIRING DAN SEHALUAN



Kita semua pasti ada ramai sahabat dan rakan-rakan tidak kira dari bangku sekolah, zaman universiti d sehinggalah ke peringkat yang seterusnya.(maaflah aku baru zaman universiti je, nanti kalau aku dah masuk alam pekerjaan aku update lah lagi.sabar ya). Dalam ramai-ramai sahabat , pasti akan ada yang akan menjadi kawan akrab kita.

Kali ni aku nak ceritakan sedikit kisah beliau. Dilahirkan pada 18 November 1994 dan merupakan anak bongsu di dalam keluarganya.........................................(penulis hanya mengenali beliau masa zaman persediaan bahasa Jepun di UM, nak tahu lebih kena tanya sendirilah). Ditakdirkan aku dapat sebilik dengan beliau --D102. Peramah dan mudah tersenyum orangnya . Disebabkan itu beliau mudah didatangi oleh mereka ingin berkawan dengannya. 
Kadang-kadang suka buat lawak sampai tahap tensai ( orang cedikiawan gitu ) dan bagi aku sendiri tokidoki(kadang2) lambat nak masuk.haha.

Beliau juga seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh. kalau time belajar , 100 % fokus dan tekun. Beliau tak pernah tidur dalam kelas atau semasa kuliah . Beliau juga seorang yang kuat berusaha. Pernah sekali seminggu terpaksa cuti atas sebab sakit, banyak pelajaran yang tertinggal namun beliau rajinkan diri cari Sensei(cikgu), bertanya pada kawan yang hadir kuliah dan menggunakan sepenuh masa yang ada untuk mempelajari topik yang ketinggalan. Kagum aku dibuatnya.

Beliau jugak seorang tidak lokek ilmu dan sering mengajarkan mereka yang ingin memahami prinsip dan cara menjawab soalan. Selalu memberi aku nasihat bila aku rasa down dan nak give up. Seorang pemurah hati sebab selalu tolong rasakan makanan aku.(haha). Sebenarnya memang beliau pemurah pun sebab bila aku nak bayar hutang aku kat dia,dia cakap dia belanja. 

Seorang roomate yang menjaga kebersihan. Bak katanya bilik dah bersih baru best nak belajar. Suka mengatur portfolio( mengumpulkan bahan pembelajaran,kuiz,nota dalam fail ) mudah nak study balik nanti. Maaa...taknaklah taip panjang2. kalau nak berkenalan lebih lanjut bolehlah bagi komen kat bawah.Semasa aku menaip artikel ni (2016) , aku kat Malaysia manakala beliau di Nagoya , Jepun. 

Aku rasa sedihlah sikit tak dapat nak habiskan belajar kat Jepun, tapi bukan rezeki aku kat sana. Mungkin rezeki aku kat KKTM Ledang ,Malaysia. Suatu hari nanti aku bercita-cita nak hadiahkan artikel ni pada beliau.Woi dah baca ke ? haha



Beliau dianugerahkan Pelajar Cemerlang Akademik (ala2 Dekan kat AAJ)


Ni lah roomates aku, aku sayang semua beb.


Beliau ni nak apa ? Ni bukan aku yang amik gambar,rasanya ada orang yang main kamera aku


Gembira saat ni bila roomates and ex roomate dapat sama-sama ke jepun

Pesanan dari aku

Assalamualaikum Din . Sihat ke Jepun ? Dah makan ? cukup tak ? haha. Rindu aku tak ?
well, aku sebenar rasa bersalah amat sangat sebab tak layan kau masa nak turun Saga time 2015. sumanakatta yo. Din , aku gembira je kalau kau pun happy kat sana . Aku hargai persahabatan kitaselama ini . Walaupun rasa banyak janji yang aku tak dapat tunaikan harapnya dapat ditukar kepada janji yang lain ( maa mmg teringin beb nak lawat kau,tngok la rezeki tu,mana tautime kau naik pelamin nanti ).

Dekat Jepun nak belajar tu memang susah dan perit, tapi aku yakin Din nara kitto dekirunosa. Kau buatlah yang sebaik mungkin.Jaga ksihatan elok-elok. Aku yakin kau boleh kat Nagoya tu. Time main tu main sepuas-puasnya. Time belajar , aku tahu kau memang rajin dan curahkanlah ilmu kau tu pada sesiapapun mudah-mudahan Allah mencurahkannya semula masa kau exam nanti.Semoga teman aku ni
Muhammad Izzuddun Bin Ariffin serta rakan-rakan RPKJ Batch 31 dapat menamatkan pelajaran dan membawa pulang degree certificate dari Jepun. Aamiin. aku mendoakan korang supaya ceria ,sihat dan diberikan semangat yang kuat menempuh hari-hari di Jepun. Tinggalkan komen kat bawah ya Din... :P


No comments:

Post a Comment